Tuesday 24 June 2014

Kuih Siput Terbaik




Bahan-Bahan Kuih Siput..

Bahan-bahan ( semua )

5 cawan tepung gandum
50gm margerine
1 biji telur
1 s.kecil serbuk jintan manis
1 s.kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/cili kering
daun sup (dihiris )
Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara
Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Uli dengan santan hingga menjadi siput
lepas tu goreng

Sunday 22 June 2014

Bahaya Panggilan +375, +371 , 081



PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates). 

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

Sumber : FB

Friday 20 June 2014

CRIME ALERT: UMPAN DAN CULIK




Mendidik anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.

Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.

Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi
1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih
2. Menaiki kenderaan 
3. Mangsa di kalangan kanak-kanak 
4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam
5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan

Nasihat
• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai. 
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.
• Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga dan memberitahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali.
• Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.


-PDRM

Goncang Bayi Punca Kematian




Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Sumber Oleh: Dr. SUria

Sunday 8 June 2014

Fasha Sandha Bertudung Sarat Memgandung?


Kini sarat berbadan dua, aktres cantik Fasha Sandha tetap meneruskan perjalanan karier seninya memenuhi tawaran berlakon. Kandungan yang dikhabarkan bayi perempuan itu bakal melengkapkan sepasang cahaya mata buat Fasha dan suami Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai itu. 

Selain daripada berita gembira buat Fasha dan keluarga tentang kandungan itu, para peminat pula mula memberikan reaksi positif melihat transformasi aktres kesayangan mereka yang dilihat memuatnaik foto yang menampilkannya berhijab. 

Komen dan respon daripada peminat di Instagram rata-rata terkejut tapi gembira jika Fasha mengekalkan imej begitu. 

Namun difahamkan bahawa Fasha tampil berhijab adalah demi menjayakan watak Hanna dalam drama berjudul Selamat Pengantin Madu untuk slot Zehra di TV3. 

Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini ialah Aiman Hakim Ridza dan Eina Azman. 

Walau apa pun, tindakan Fasha boleh dipuji dan respon positif daripada peminat setidak-tidaknya menyampaikan mesej bahawa berhijab juga dapat menampilkan sisi yang cantik dalam tafsiran tersendiri. 

Diharapkan kandungan serta Fasha sendiri berada dalam keadaan yang baik, mana tahu berkat anak dalam kandungan Fasha kekal berimej begini, Amin.murai.com.

Abang Abby Abadi Meninggal Dunia Kanser Otak

Abby menerusi status Twitter miliknya berbunyi, “Innalilahiwainnalillahirajiun..ALLAH lebih menyayanginya. Doakan Arwah ditempatkan di tempat org2 yg dikasihiNYA.. Amin..” 


Abby turut berkongsi gambar dia mengusap kepala arwah abangnya yang sedang terlantar sakit di katil hospital di laman Instagram miliknya. 

Difahamkan, abang Abby meninggal dunia kerana menghidap kanser otak. 


-josrevaluation

Raw ONION On Bottom Of The Feet Take Away Illnesses



This works in 2 ways.

1.) Onions are known to absorb toxins. In fact, during the days of the Plague in England, folks would keep chopped onions around to absorb toxins and clean the air. This helped protect them, against getting the plague.

NEVER SAVE AN ONION. It will absorb all the toxins in the air of your refrigerator. Eat that and you eat the toxins. Instead: Chop your left over onion, put it on a plate and keep it in your kitchen as a natural air purifier. I do this all the time! If someone is ill, place a chopped onion on the night stand, next to the bed. They'll be better in the morning. I placed the remaining onion, next to Evan last night.

Onions are toxin absorbers. Thus why they are great internal mops for the body. Eat plenty of onions!

2.) The onion and garlic families are anti-microbial and anti-bacterial. Placing them on the bottom of the foot gives them access to your internal organs through meridians in your body. The onion can be directly delivered. Transdermal delivery (on the skin) is one of the best delivery mechanisms, as it will bypass the stomach acids and go directly into the blood. The bottom of the feet and the forearm are great places to put high powered foods and essential oils into the body. Sliced garlic on the bottom of the feet will work nicely too.''

Monday 2 June 2014

Pizza Macaroni Udang




Bahan A
250 g Macaroni
Direbus dgn sedikit minyak & garam

Bahan B
100g udang (dipotong2)
50g fishball (dihiris nipis)
50g prawnball (dihiris nipis)
250ml susu segar
3 biji tomato (dihiris)
Udang, fishball,prawnball & tomato dimasukkan ke dlm susu selama 1/2 jam. Toskan & simpan susu.

Bahan C
2camb mayonis
3camb sos tomato
1 bj bwg besar (dihiris)
3 ulas bwg putih (dihiris)
3 bj tomato (dihiris)
Garam & serbuk lada hitam
Minyak utk menumis.
Tumis bwg, tomato & bahan B (kecuali susu). Masukkan mayonis, sos, garam & lada hitam. Direneh sehingga sebati.

Bahan D
150g keju mozarella (parut)
Mayonis (secukupnya)

1. Acuan disapukan dgn sedikit mentega.
2. Masukkan 1/2 Bahan A & sudukan bahan C & tutup dgn 1/2 Bahan A.
3. Tuangkan susu (Bahan & taburkan keju & paipkan mayonis seperti didlm gambar.







Thursday 29 May 2014

KEMPEN BOIKOT BARANGAN SYARIKAT MONDELEZ

Syarikat Mondelez ialah syarikat pengeluar kepada coklat Cadbury yang telah disahkan mengandungi dna babi (porcine) di dalam 2 jenis produk mereka oleh Bahagian Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain mengeluarkan coklat berjenama Cadbury, syarikat tersebut dikenalpasti mengeluarkan produk2 lain seperti berikut: 
1 Jacobs
2 Cadburry
3 Choclairs
4 Toblerone
5 Dentyne
6 Clorets
7 Halls
8 Twisties
9 Chipster
10 Philadelphia Kraft
11 Cheezels
12 Chochos
13 Oreo
14 Tiger
15 Chipsmore
16 Kraft

Sila semak di www.global.modrlezinternational.com

Bagi mengelakkan umat Islam di Malaysia terperangkap didalam ketidaktelusan pengurusan pengeluaran makanan dari syarikat tersebut (makanan yang tidak halal) disamping memberi pengajaran kepada syarikat-syarikat lain supaya lebih berhati-hati dalam perkara yang sama; dengan ini kami mengajak seluruh rakyat Malaysia dan negara-negara Islam yang lain untuk memboikot barangan yang di keluarkan oleh Syarikat Mondelez.

Sila sebarkan perkara ini didalam semua media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter, Telegram, Kakao Talk dan sebagainya.

Sekian, Terima Kasih. Semoga Allah merahmati usaha-usaha kita dalam memartabatkan Islam walaupun dengan inisiatif yang kecil seperti ini. Wassalam.

Tuesday 27 May 2014

Isu Babi Biri-Biri Dan Kesan Terhadap Umat Islam




Umat Islam sila ambil perhatian dan tindakan berkenaan isu babi biri-biri ini. Setiap dari kita perlu memainkan peranan, berpesan-pesan untuk kebenaran. Amat merisaukan ana cubaan dan dugaan di akhir zaman ini. Bila manusia semakin maju mengecapi kecanggihan teknologi maka semakin banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi.

Samalah juga dengan isu ini, apakah yang akan terjadi sekiranya banyak fabrik yang akan terhasil dari babi aneh ini. Bulunya benar-benar menyerupai kambing biri-biri. Memang amat sukar untuk membezakannya dengan mata kasar. Pihak berwajib khusunya JAKIM diharapkan membuat tindakan dan uji kaji ke atas perkara ini. Pemeriksaan perlu dijalankan dengan kadar segera. Kita tidak mahu sekiranya ada di antara pakaian mahupun barangan kegunaan umat islam terhasil dari sumber yang dilarang agama.

Perlu diingat, agenda pihak kuffar adalah untuk menyesatkan dan mempersendakan kesucian agama islam. Mereka selamanya tidak akan redha dengan penganut agama islam. Mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak menuruti kehendak mereka. Awas semua umat islam !!

INFO BABI BIRI-BIRI : Mangalitsa (AS ejaan), Mangalitza (UK ejaan) atau Mangalica (ejaan Hungary asal) adalah nama bagi tiga baka babi dibiakkan terutamanya di Hungary dan Balkan yang dikenali juga sebagai babi kerinting rambut. Ia kepunyaan baka jenis lemak Eropah unimproved (serta Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang berasal secara langsung dari populasi babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu 'bulu', yang serupa dengan kambing biri-biri. Baka babi lain yang diperhatikan untuk mempunyai lapisan yang panjang Kot Lincolnshire kini pupus Curly England. Mangalitsa adalah dahulunya dibesarkan sebagai babi lemak babi, dan binatang yang besar dan bulat. Disebabkan kejatuhan dalam permintaan untuk lemak babi, populariti baka telah menurun dan kini dianggap sebagai "rare breed".
Dagingnya amat menyerupai daging biri-biri sahaja. (Google)

AAP - Sebaiknya langkah awal pengcegahan, kawalan dan menanganinya perlu dibuat dan dipantau dengan kadar segera oleh pihak berkuasa. Agar kita semua khusunya orang islam tidak tertipu dengan daging Babi Mangalitsa ini kelak.


Sumber : Facebook