Sunday 8 June 2014

Fasha Sandha Bertudung Sarat Memgandung?


Kini sarat berbadan dua, aktres cantik Fasha Sandha tetap meneruskan perjalanan karier seninya memenuhi tawaran berlakon. Kandungan yang dikhabarkan bayi perempuan itu bakal melengkapkan sepasang cahaya mata buat Fasha dan suami Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai itu. 

Selain daripada berita gembira buat Fasha dan keluarga tentang kandungan itu, para peminat pula mula memberikan reaksi positif melihat transformasi aktres kesayangan mereka yang dilihat memuatnaik foto yang menampilkannya berhijab. 

Komen dan respon daripada peminat di Instagram rata-rata terkejut tapi gembira jika Fasha mengekalkan imej begitu. 

Namun difahamkan bahawa Fasha tampil berhijab adalah demi menjayakan watak Hanna dalam drama berjudul Selamat Pengantin Madu untuk slot Zehra di TV3. 

Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini ialah Aiman Hakim Ridza dan Eina Azman. 

Walau apa pun, tindakan Fasha boleh dipuji dan respon positif daripada peminat setidak-tidaknya menyampaikan mesej bahawa berhijab juga dapat menampilkan sisi yang cantik dalam tafsiran tersendiri. 

Diharapkan kandungan serta Fasha sendiri berada dalam keadaan yang baik, mana tahu berkat anak dalam kandungan Fasha kekal berimej begini, Amin.murai.com.

No comments:

Post a Comment